Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan.

Salam Ramadhan. :)
Bulan yang semulia sebutannya. semulia pengisian amalan di dalamnya, semulia ganjaran yang diperoleh daripadanya..
Sayu terkenangkan diri yang kadangkala tidak dapat hadir ke masjid kerana urusan pelajaran. urusan dunia yang tidak kekal ini. MasyaAllah..

Hari pertama menjejakkan kaki di Surau Al-Iman, teringat waktu dahulu sewaktu berumur 5 tahun. hanya tahu membuat bising, berkejar-kejaran di sekeliling surau, berlakon2 dengan rakan di padang surau yang gelap dan hanya diterangi lampu jalan berdekatan..dan yang paling penting, Moreh. air popular - teh o panas.
Oh sungguh hina terasa berada dalam kalangan jemaah yang tinggi ilmu mereka.. Ya Allah.. moga ditunjuki kepadaku jalan yang benar sentiasa. InsyaAllah..

Hari kedua juga ke destinasi yang sama. Hari ketiga terasa ingin mengikut ayahanda ke Masjid Al-Khairiyah, juga berdekatan dengan rumah. Alhamdulillah, berjemaah di sana lebih nyaman dengan keadaan yang luas dan tenang. Walaupun begitu, tidak terlupa bahawa 'di sana' kelak kita perlu berhimpit menanti saat dihitung amalan.. Sedikit sebanyak perlu disyukuri walau dalam sesukar mana pun situasi yang kita hadapi.. Sekali lagi, terasa hina dengan diri ini yang hanya mempunyai pengetahuan yang cetek dan masih banyak yang perlu dipelajari meski sudah menjangkau umur 1/5 abad..

Terharu melihatkan jemaah yang pelbagai rupa, warna, perilaku, usia hadir demi mendapat keredhaan dan beribadat kepadaNya..

Dia lah yang sentiasa berada di hati,
Dia lah yang memberi bantuan tatkala hati mati,
Dia lah yang sentiasa diingati,
Dia jugalah yang kekal abadi.

Ramadhan kali ini diharap dapat meningkatkan amalan dalam diri, dan kekalkan ia pada masa akan datang. Juga Ramadhan-Ramadhan akan datang. InsyaAllah jika diizinkanNya...

2 celoteh:

Muhammad Fahmi said...

ameen... :)

sesaje ltk reaction "huh?" :P

msaytec said...
This comment has been removed by the author.