Thursday, August 4, 2011

Kaki kaki.

Alhamdulillah hari ini masih bernafas. masih berpeluang beribadah.
siapa sangka hari ini saya mendapat pengalaman baru.
ke masjid berkaki orang, pulang ke rumah berkaki ayam.
memang aneh tetapi tatkala melihat selipar tiada, Alhamdulillah tidak terasa marah.. kesal ada sedikit kerana ketika masuk ke masjid tadi, sudah terfikir mahu meletakkan selipar di dalam. tetapi hati mengatakan, jika sesuatu itu ditakdirkan terjadi, maka ia akan tetap jadi.. maka perlulah redha.. perlu difikir juga, mungkin orang itu terrrpakai selipar tu tanpa sedar, mungkin juga dia sudah lama menginginkan selipar sebegitu tetapi kurang mampu.. mungkin juga dia hanya ingin meminjam dan memulangkannya esok? hmm..sesungguhnya jika kita merasakan kita susah, masih ada lagi yang susah daripada kita. Juga sebaliknya.


terasa ingin ketawa tetapi ketika melangkah ke kereta sebentar tadi, terasa macam cerita hindustan pun ada. pakai kain , berkaki ayam..diterangi lampu jalan yang kekuningan dan samar2..menghirup udara segar.. berjalan atas tar yang sedikit tajam tetapi sejuk dipenuhi air hujan. Hujan rahmat :)
cuma xdela romantik kan sebab jalan ngan abah. hihi.


banyak juga perkara berlaku hari ini yang menyedarkan diri bahawa setiap yang berlaku ada hikmah dan Dia..sememangnya tahu apa yang lebih baik untuk kita..


p/s : Jom ke BB lagi beli seliparr~~~ haha.




2 celoteh:

Sarah Asyiqin said...

selipar ko mengancam sgt tuh, tu yg ada org tertarik tu.. cuba pakai selipar buruk2 mcm aku ni.. hihi..

nAzurAh said...

hahah. laa mna mngncm.dh cm buruk ckit.. :p nnti nk bli slipar bruk gk ah. hohohooo